latihan demi latihan perlu diteruskan demi mempertingkatkan lagi kualiti persembahan dikir. sungguh gak sikit awok2 kitoo0o0... ekekekekekek...
Thursday, February 19, 2009
Latihan Anak Dikir
Monday, February 2, 2009
Permata Sari Ke Labuan
pengarut UMS digandingkan dengan Pengarut Otai...
Salam... Alhamdulillah, hari ni sebahagian dari pendikir permata sari telah melangkah maju kehadapan dalam persembahan dikir anak anak kelantan di Labuan.ambo nak minta maaf banyok2 kepado awok2 yang tidak dapat menyertai lawatan dan persembahan di labuan kerana pemilihan adalah terhad. namun kita perlu berasa bangga kerana nama permata sari telah dikenali di pulau labuan Sabah.
Perjalanan seramai 9 orang termasuk Pok Ku nuar sebagai tukang karut undangan khas yang telah d jemput..Persembahan pada hari ahad bermula jam 11 sehingga jam 3 ptg.
malam sebelum persembahan.. kami di jamukan makan malam di restoran Tom Yam dan sekaligus mengadakan persembahan kepada pengunjung yang datang makan situ...
Masa tu lah kita dapat mengenal sebahagian pendikir dari labuah yang merupakan tentera di kem Labuan.awok2 dia ade tok joro jah.. tapi tukang karut takdok lagi... pasal tu la kiteorg di jemput...
Monday, December 15, 2008
Pengenalan
Dalam usaha memertabatkan seni sebagai maruah bangsa, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menimpa...apatah lagi untuk memertabatkan seni budaya di tempat orang.. namun jika di imbas kembali.. bagaimana pengorbanan dan jerih pedih orang terdahulu yang berusaha sedaya upaya demi menjaga seni budaya agar tidak hangus dek api pembangunan?...mereka tdak mempunyai peralatan yang lengkap.. media yang cukup...dan kewangan yang banyak untuk memperkenalkan permainan seni dikir barat ini kepada masyarakat luar..walaupun kita tidak mengetahui bagaimana cara yang digunakan oleh mereka untuk memperkenalkan seni dikir barat ini... namun sedikir rasa hairan apabila pada tahun 2008.. seni dikir barat ini sudah terkenal di seluruh malaysia.. termasuk sabah dan sarawak...malah di singapura..
Dengan semangat cintakan seni budaya yang terdapat diceruk hati ini...perasaan ingin memertabatkan seni dikir barat di negeri Sabah menjadi satu matlamat yang begitu kuat... walaupun agak sukar untuk memperkenalkan seni budaya ini kepada masyarakat yang mempunyai komunikasi, bahasa dan budaya yang berbeza..namun siapa sangka pendikir sabah pernah memenangi kejohanan dikir barat di peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Ryaliti ini membuktikan bahawa Seni dikir barat mampu menyentuh hati setiap pendengar..
Pada tahun 2007 sebuah kumpulan dikir barat telah ditubuhkan secara berdaftar dibawah pusat kokurikulum di Universii Malaysia Sabah. Pasukan ini diberi nama Permata Sari, yang di cadang oleh prof Jamal selaku pengarah pusat kokurikulum.
Langkah demi langkah kami berjuang untuk mengangkat seni dikir kelantan ini supaya memenangi hati masyarakat negeri sabah.Memang tidak dinafikan begitu banyak cabaran yang perlu ditempuhi..
namun selangkah kehadapan..tidak perlu mengangkat kaki untuk kebelakang semula...perjuangan mesti diteruskan..
Sunday, October 19, 2008
Sambutan Aidilfitri Anak kelate
Dikir Likung gabungan pendikir permata sari dan juga pendikir SMK SANCAZ ( johan kebangsaan 2008)
Sambutai aidilfitri 2008 di sabah macm ni la...Bekumpul semua anok2 peratau dalam majlis Aidilfitri anak2 kelantan disabah..semua pelajar UMS dan kaki tangan kerajaan dan swasta yang dilahirkan di pantai timur di undang ke majlis ni... yang bestnye.. Dikir Barat dok leh tinggal.... huhuhuhuhuhuhu...
Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 30, 2008
dikir di kampung E
30 ogos... Buat pertama kalinya pasukan dikir barat dijemput oleh pengetua kampung E, ...
mmg susah nak buat persembahan kat kampung E ni.. pasal byk ulama2 muda kat sini...dan mereka kebanyakannya menolak hiburan yang melalaikan ni...hehehehehe
adalah satu mase dulu...dalam tahun ni jugak.. kampung E ada buat Danner night untuk warga kampung E... masa tu mmg ramai budak2 nak jemput dikir barat untuk membuat persembahan
tetapi..pasukan dikir tidak dibenarkan untuk membuat persembahan oleh pengatua kampung...
tapi takpe..kami akur dengan keputusan diorang... mungkin ini adalah cabaran dalam nak memertabatkan seni budaya...
setelah membuat persembahan... Alhamdulillah.. mmg mendapar sambutan yang menggalakkan
ramai yang nampak terhibur dengan persembahan dikir Dari kumpulan permata sari... dan kami mendapat pujian dari pengetua kampung kerana kami mampu menyampaikan mesej kemerdekaan dalam berdikir.... tu lah ore kato... dok kenal... mako dok bercinto... ekekek
Tuesday, August 26, 2008
Dikir Merdeka
Tapi atas permintaan ramai... awok2 permata sari gi la jugok..demi mertabatkan seni..maruah bangsa... wawawawa...tp mlam tu tok cukup awok2... ramai hok takdok... jadi.. kito terpakso buat dikir likong... baru gagoh sikit...
Kalo ikut kan skrip lagu..mamang banyok..pasal tema merdeka... jadi kito pakai skrit hok tanding MAKUM 2007 dulu la... huhuhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)