Wednesday, December 26, 2007

MAKUM 2007


Pada 26 Disember 2007, satu pertandingan dikir barat peringkat IPTA telah di adakan di UMT negeri terengganu... Pendikir Permata Sari diberi kepercayaan oleh pengarah pusat Kokurikulum UMS (prof Jamal) untuk menghantar wakil ums bagi pertandingan tersebut.






Itulah kali pertamanya UMS menghantar wakil pertandingan dikir barat peringkat IPTA, dan di situ lah terpahatnya nama "Permata Sari " yang dicadang oleh prof jamal.





memandangkan kami masih belum mempunyai alat dikir yang lengkap..prof mengeluarkan bajet untuk membeli pakaian dan menyewa pakaian bagi pertandingan itu.





kami membuat latihan di pasir putih dan bertanding di UMT. memang menarik apabila kami bertanding dengan pasukan tuan rumah iaitu UMT. Pada peringkat Awal.. mungkin mereka merasakan kami tidak mampu untuk bersaing dengan mereka kerana kami adalah pendikir dari sabah.. namun adat pertandingan dikir barat apabila mengarut, kena cocoh2 sikit gu lawan... jadiwalaupun kami mewakili pendikir di negeri dibawah bayu... namu keaslian dikir barat tetap kami ketengahkan dalam perlawanan tersebut..







Alhamdulillah..dengan usaha yang kami buat..kami berjaya mendapat anugerah pemain musik terbaik... itu kira satu permulaan yang baik kerana itulah kali pertama kami mewakili pertandingan dikir tersebut....


Hapis duk kara wa bule


UMT Menjual Pantun

Pemuzik Terbaik


Perlawanan antara UMT dan UMS



Firdaus Ibrahim (Tok Joro pertama Permata Sari )





Sunday, November 11, 2007

Sambutan Aidilfitri 2007



Sempena Majlis sambutan Aidilfitri Anak anak kelantan disabah, bertempat di dewan MAKSAK Likas..awok2 dikir dari Permata Sari ums telah diundang untuk mengadakan persembahan...



Yang Best hari tu... Awok2 dikir permata Sari bergabung dengan pendikir dari NAVY
( sek2 askar )gagoh2 awok dio... tepuk sapa nok rutoh pentas... huhuhuhu...




Artis dikir yang dijemput pada haritu ialah pok ku... pok ku ni org lamo jugk dalam dikir..tp dia dikir kat gganu...tapi lamo doh dia tok dikir sejak tukar kerja di saboh ni...

Jadi..masa ni lah awok2 permata sari berpeluang untuk memperkenalkan kepada org2 kelate yang berada disabah...bahawa permainan seni dikir barat di negeri sabah ni semakin berkembang dan mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di sabah..

Thursday, October 25, 2007

Dikir Diraja Kelantan

pada 25 oktober 2007 pendikir di sabah telah dijemuput untuk mengadakan persembahan dikir kat Hotel Sutera Habor sempena majlis anugerah PhD kepada Raja Kelantan..jadi malm tu Raja kelantan mengadakan satu majlis kat hotel tu...

Pogram di buat lepas raya..jadi masalah lah sikit pasal awok2 ramai balik raya kat kampung.. abe lie ngan abe we kalut duk cari awok2... diorg dah start trening dengan Cikgu Aizu dan bergabung dengan budak2 sekolah Kudat...



Ini lah Kali pertama Permata Sari Buat persembahan yang boleh di banggakan... kebetulan mase tu megat Nordin pun ade turan tgk kiteorg buat latihan.. dapat la nasihat dan tunjuk ajar dari dia sikit sebanyak...

Persembahan Mlm tu cuma diberi masa 10minit je.. bermula dari masuk sampai wau bulan... jadi.. mmg dok mari angin la dikir mlm tu... duk berambak dengan maso... tp kire ok la... pasal..

di mlm tu lah merupakan batu lonjatan untuk awok2 dikir menambat hati org sabah... sehingga dikir barat dapat ditubuhkan di universiti Malaysia Sabah....


latihan Bersama Megat Nordin



Pemain Alat dari SMK Kudat (pemain Rebano Rais )







Cikgu Aizu Duk Mengarut