Monday, December 15, 2008

Pengenalan


Dalam usaha memertabatkan seni sebagai maruah bangsa, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menimpa...apatah lagi untuk memertabatkan seni budaya di tempat orang.. namun jika di imbas kembali.. bagaimana pengorbanan dan jerih pedih orang terdahulu yang berusaha sedaya upaya demi menjaga seni budaya agar tidak hangus dek api pembangunan?...mereka tdak mempunyai peralatan yang lengkap.. media yang cukup...dan kewangan yang banyak untuk memperkenalkan permainan seni dikir barat ini kepada masyarakat luar..walaupun kita tidak mengetahui bagaimana cara yang digunakan oleh mereka untuk memperkenalkan seni dikir barat ini... namun sedikir rasa hairan apabila pada tahun 2008.. seni dikir barat ini sudah terkenal di seluruh malaysia.. termasuk sabah dan sarawak...malah di singapura..


Dengan semangat cintakan seni budaya yang terdapat diceruk hati ini...perasaan ingin memertabatkan seni dikir barat di negeri Sabah menjadi satu matlamat yang begitu kuat... walaupun agak sukar untuk memperkenalkan seni budaya ini kepada masyarakat yang mempunyai komunikasi, bahasa dan budaya yang berbeza..namun siapa sangka pendikir sabah pernah memenangi kejohanan dikir barat di peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Ryaliti ini membuktikan bahawa Seni dikir barat mampu menyentuh hati setiap pendengar..


Pada tahun 2007 sebuah kumpulan dikir barat telah ditubuhkan secara berdaftar dibawah pusat kokurikulum di Universii Malaysia Sabah. Pasukan ini diberi nama Permata Sari, yang di cadang oleh prof Jamal selaku pengarah pusat kokurikulum.


Langkah demi langkah kami berjuang untuk mengangkat seni dikir kelantan ini supaya memenangi hati masyarakat negeri sabah.Memang tidak dinafikan begitu banyak cabaran yang perlu ditempuhi..

namun selangkah kehadapan..tidak perlu mengangkat kaki untuk kebelakang semula...perjuangan mesti diteruskan..