Monday, December 15, 2008

Pengenalan


Dalam usaha memertabatkan seni sebagai maruah bangsa, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang menimpa...apatah lagi untuk memertabatkan seni budaya di tempat orang.. namun jika di imbas kembali.. bagaimana pengorbanan dan jerih pedih orang terdahulu yang berusaha sedaya upaya demi menjaga seni budaya agar tidak hangus dek api pembangunan?...mereka tdak mempunyai peralatan yang lengkap.. media yang cukup...dan kewangan yang banyak untuk memperkenalkan permainan seni dikir barat ini kepada masyarakat luar..walaupun kita tidak mengetahui bagaimana cara yang digunakan oleh mereka untuk memperkenalkan seni dikir barat ini... namun sedikir rasa hairan apabila pada tahun 2008.. seni dikir barat ini sudah terkenal di seluruh malaysia.. termasuk sabah dan sarawak...malah di singapura..


Dengan semangat cintakan seni budaya yang terdapat diceruk hati ini...perasaan ingin memertabatkan seni dikir barat di negeri Sabah menjadi satu matlamat yang begitu kuat... walaupun agak sukar untuk memperkenalkan seni budaya ini kepada masyarakat yang mempunyai komunikasi, bahasa dan budaya yang berbeza..namun siapa sangka pendikir sabah pernah memenangi kejohanan dikir barat di peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Ryaliti ini membuktikan bahawa Seni dikir barat mampu menyentuh hati setiap pendengar..


Pada tahun 2007 sebuah kumpulan dikir barat telah ditubuhkan secara berdaftar dibawah pusat kokurikulum di Universii Malaysia Sabah. Pasukan ini diberi nama Permata Sari, yang di cadang oleh prof Jamal selaku pengarah pusat kokurikulum.


Langkah demi langkah kami berjuang untuk mengangkat seni dikir kelantan ini supaya memenangi hati masyarakat negeri sabah.Memang tidak dinafikan begitu banyak cabaran yang perlu ditempuhi..

namun selangkah kehadapan..tidak perlu mengangkat kaki untuk kebelakang semula...perjuangan mesti diteruskan..


Sunday, October 19, 2008

Sambutan Aidilfitri Anak kelate

Dikir Likung gabungan pendikir permata sari dan juga pendikir SMK SANCAZ ( johan kebangsaan 2008)
Dikir Karut bersama cikgu aizu (Wakil Tenom) Pok Ku Nuar (Wakil Nevy) Syeikg ( Wakil Permata Sari)


Sambutai aidilfitri 2008 di sabah macm ni la...Bekumpul semua anok2 peratau dalam majlis Aidilfitri anak2 kelantan disabah..semua pelajar UMS dan kaki tangan kerajaan dan swasta yang dilahirkan di pantai timur di undang ke majlis ni... yang bestnye.. Dikir Barat dok leh tinggal.... huhuhuhuhuhuhu...

Sunday, August 31, 2008

Dikim Malam 31 Ogos







Saturday, August 30, 2008

dikir di kampung E

Tukang Karut de bulih makrofon

Ramai peminat duk merakam ....huhuhuhuhu
Tok Joro ( Colang ) menyanyikan lagu Cubolah tanyo pado diri sendiri




30 ogos... Buat pertama kalinya pasukan dikir barat dijemput oleh pengetua kampung E, ...

mmg susah nak buat persembahan kat kampung E ni.. pasal byk ulama2 muda kat sini...dan mereka kebanyakannya menolak hiburan yang melalaikan ni...hehehehehe
adalah satu mase dulu...dalam tahun ni jugak.. kampung E ada buat Danner night untuk warga kampung E... masa tu mmg ramai budak2 nak jemput dikir barat untuk membuat persembahan
dan..ahli jawatan kuasa telahpun menalifon untuk menjemput permata sari mengadakan persembahan... maknanya.. permainan seni dikir barat ni mmg mudah untuk mendapat perhatian oleh golongan luar...

tetapi..pasukan dikir tidak dibenarkan untuk membuat persembahan oleh pengatua kampung...
tapi takpe..kami akur dengan keputusan diorang... mungkin ini adalah cabaran dalam nak memertabatkan seni budaya...


dan pada 30 ogos ... kami dibenarkan untuk membuat persembahan.. kerana.. nak cukupkan masa kot..huhuhuhu... jadi..permata sari cuba embuat sesuatu yang terbaik dan meghiburkan... bertujuan untuk memperkenalkan apakah cara dan sebenarnya dikir barat...
setelah membuat persembahan... Alhamdulillah.. mmg mendapar sambutan yang menggalakkan


ramai yang nampak terhibur dengan persembahan dikir Dari kumpulan permata sari... dan kami mendapat pujian dari pengetua kampung kerana kami mampu menyampaikan mesej kemerdekaan dalam berdikir.... tu lah ore kato... dok kenal... mako dok bercinto... ekekek

Tuesday, August 26, 2008

Dikir Merdeka




26 ogos 2008 pulok... ado lagi permintaan untuk persembahan dikir sempena merdeka... awok2 maso tu takdok soro habih doh...baju pun tokde nok basuh... huhuhuhu...
Tapi atas permintaan ramai... awok2 permata sari gi la jugok..demi mertabatkan seni..maruah bangsa... wawawawa...tp mlam tu tok cukup awok2... ramai hok takdok... jadi.. kito terpakso buat dikir likong... baru gagoh sikit...
Kalo ikut kan skrip lagu..mamang banyok..pasal tema merdeka... jadi kito pakai skrit hok tanding MAKUM 2007 dulu la... huhuhuhu...


Monday, August 25, 2008

Malam Penutupan Tamu Gadang


25 Ogos 2008 merupakan malam penutupan pesta Konvo tamu Gadang 2008... jadi mlm tu ramai gak lah artis2 yang turun buat persembahan... artis AF pun ade 4 org kalo tak silap... dan dikir barat tidak terkecuali untuk mengadakan persembahan juga...
Malam tu group permata sari diberikan tajuk bebas untuk membuat persembahan... jadi tukang karut pun mengambil tema martabat seni warisan bangsa sebagai tema pilihan pada malam tu..
Dalam banyak2 persembahan... cuma dikir barat sahaja yang memperdendangkan persembahan kebudayaan dari semenanjung malaysia...yang lain tu...banyak persembahan daripada serawak la...sabah la...mcm2...
tukang karut nagan tok joro takdok baju lagi....nok sewo dok cukup pitih... huhuhuhuh... kiro pakai batik ja lah....

Sunday, August 24, 2008

Pertandingan Dikir Barat (UMS)




Masuk je bulan Ogos.. banyak sangat la permintaan untuk buat persembahan... pasal bulan tu dikire bulan kemerdekaan n pesta KONVO ums... pheeeh... pening palo2... DIGI pun minta gak buat persembahan... dalam bulan ogos saja..ada 5 persembahan.. dah la waktu2 yang singkat.. jadi..awok2 tak sempat traning... mian lagu same je... cuma tukar2 la ikut Tema persembahan...

Bermula dengan pertandingan dikir barat yang pertama kalinya diadakan di UMS... dan 4 pasukan yang masuk bertanding... semua tu awok2 gok... budak dikir SANZAC, pastu SMK TENOM, Permata Sari dan Awok2 NAVY...pok ku yang jadi tukang karut maso tu... huhuhuhu...



Sunday, August 10, 2008

Tshirt Dikir


Tshirt Dikir ni..di design oleh Syeikhzone Designer harga RM25
Memandangkan ada pendapatan yang lebih... permata sari telah menempah t-shirt dari hasil duit yang dikumpul semasa membuat persembahan...memang susah nak dapatkan peruntukan daripada Universiti.. semoga Seni dikir ini sentiasa mendapat sambutan di negeri sabah...

Friday, April 4, 2008

MAKMAR



Pada 4 April 2008 majlis kecemerlangan mahasiswa telah diadakan di hotel Pasifik sutera habor..Pok dikir di minta datang tuk buat persembahan.. makanan disediakan..huuuhu... hok tu yang penting tu...ekekeke...Sebelum ni pun dah ada persembahan...tp hok biase2 jah... kawe pun malah nok letok dlam blog.. amik hok sedak2 je la...

Untuk persembahan kali ni... penonton ramai dari orang india... ha..sudoh la awok kito... kawe nak cerito sikit maso mulo2 Pengetua kampung nak jemput Dikir barat...

Malam tu.. artis2 yang mengadakan persmbahan perlu berkumpul di dewan CD..kerana pengatua kampung nak bagi taklimat sikit berkaitan persembahan... mase tu... orang india ado..org cina ada..penari dari serawak ada..mcm2 la... pengatua kampung mcm ragu2 dengan persembahan dikir barat...dia cuma tanya.. dikir barat OK tak?.. tu je... kalo kumpulan hok lain..dia tanya habis...pasal pakaian..alat...pengankutan..semua... eemmm...takpe la..org masih tak kenal...

sampai lah malam persembahan... dikir barat disuruh membuat persembahan ke 2 terakhir.. mmg berbulu nak tunggu...datang jam 6...persembahan jam 10... eemmm... sabo je la..

sampai lah giliran awaok2 dikir permata sari tuk naik kepentas... tukang karut nampak confident je...huhuuhu... bila start persembahan... lagu joro.. semua mcm boring je... mgkin tukang karunt kena main peranan la..supaya orang bawah tak baling telor... huhuhuh...

eemmm...bila tukang karut dah main peranan dgn baiknya.. semua penonton dapt memberi respon yang baik... lepas habis persembahan... pengatua kampung ckp.. Mlm td..persembahan Dikir barat yang paling best..yang lain..boring... huhuhuhu...eemmm... Alhamdulillah... ekekek

Sunday, March 16, 2008

MABES







Pada 16 Mac 2008 pendikir Permata Sari telah diundang untuk mengadakan persembahan di Hotel Sutera Habor..sempena Majlis Anugerah Bistari untuk kampung AB..(MABES).



Kire best gak la..coz..pensyarah dan TNC dan mula mengagumi persembahan dan keunikan Dikir barat. begitu lah jugak dengan penonton..
Memang susah nak buat persembahan pasal..penontong dari pelbagai jenis bangsa..dan agama..

pemain musik dok traning
mungkin diorg tak pernah pun tgk dikir barat secara live ni..atau tak tau pun pasal dikir barat...
so..tukang karut kena main peranan besar dlam hal ni...mcm mane nak menarik perhatian penonton sedangkan kite dikir ni dlam loght kelate...eemmm...

Malam tu jugak majlis diserikan lagi dengan persembahan Heliza Af, eemmmm... kawe ingat nak ajok dio dikir ngan puak2 kawe nyanyi lagu adik Wani... tapi dio toksey... huhuhuhu....

Habis persembahan... kami mendapat tepukan dari penonton... memberikan sorakan dan gelak ketawa... emmmtu tandanya mereka terhibur dgn persembahan dikir barat....
secara keseluruhannya... ramai yang katakan persembahan tersebut menghiburkan.. walaupun mereka tidak faham dengan gapo yang dikarutkan... huuhuhuhu


peminat yang fanatik dgn Helza Af..huhuhu


















Saturday, February 9, 2008

Mengorak langkah 2008



Pada awal tahun 2008... permata sari mula dikenali oleh warga UMS... dan untuk langkah permulaan..memang agak sukar... kami masih tidak mempunyai pakaian dan pemain musik yang tetap...pemain rebana ibu seslalu di mainkan oleh rais...

kalo buat persembahan pun..pakai baju hitam je... takdok wawasan tul la mase tu...peruntukan kurang lagi... tp takpe lah... insya Allah.. sepanjang tahun 2008 ni, dikir barat akan diperkenalkan kepada seluruh org sabah...huhuhuhuhu...

Dikir atas lata jah...baju pun ikut de...